
|
Mini Novel by Ika Tajuddin: Penunggu tandas 'PINK'.
Saturday, 28 June 2014 • 21:33 • 0 comments
Malam yang hening, lagi menakutkan. bunyi cengkerik sudah berbisa. Pada ketika itu, Ina mahu mengambil Farah yang terkandas di asrama berwarna 'PINK'. "Farah, itu pun awak! Bagaimana awak boleh terkandas?" soal Ina. "Saya ingat ini adalah sebuah Shopping Mall, rupa-rupanya tidak! :3" jawab Farah. Realiti, Farah memang suka Shopping Mall yang berwarna 'PINK'. Tiba-tiba, Ina rasa mahu membuang air kecil. Ina memang takut apabila pergi ke tandas pada waktu malam. Tetapi, dia menyangka asrama 'PINK' itu tiada hantu yang jejaki. Jangkaannya memang teramat salah. "Eh Farah! Awak pun ikut sekali saya pergi ke tandas? Saya tahu! Mungkin awak risaukan saya, bukan? Eh, tidak apa-apalah dengan saya. Saya bukan jenis yang penakut." Ina berkata seorang diri. Dia menyangka orang yang dibelakangnya itu ialah Farah. Tetapi, tidak. Itu ialah penunggu tandas 'PINK' yang sudah hidup di situ selama 4 bulan :3. Sebab itulah, murid perempuan yang bersekolah di situ sanggup pergi ke tandas yang paling jauh semata-semata tidak mahu dikacau oleh penunggu itu. Selesai pergi ke tandas, Ina pulang ke keretanya kembali. Tetapi, dia pelik? Sebentar tadi, Farah baru sahaja mengikutinya dari belakang. Tiba-tiba tiada pula? Tetapi, Ina masih berfikiran 'positif' lagi. Dia tidak akan menyangka itu adalah hantu. Sampai di kereta, dia melihat Farah sedang bercakap-cakap bersama Amir. Dia bertambah pelik lagi. Lalu, dia pun bersuara. "Farah! Cepatnya awak sampai sini? Bukankah tadi awak mengikuti saya dari belakang? Lajunya awak? Kalau begitu, mengapalah awak tidak menjadi atlet seperti Fahrin ya? :3" ajur Ina sambil membuat lawak. "Eh, mana ada saya pergi bersama awak tadi. Semasa awak telah pergi, saya memang sedang berbual bersama 'Along'lah!" kata Farah. "Along? Panggil saya 'Abang'lah. Ish, Farah ini. Masih tidak bertaubat lagi rupanya! >_<" dengus Amir. Ina bertambah pelik. "Sudahlah, mari kita pulang ke rumah. Farah, awak tidur di rumah saya ya? Beritahu Puan Hamidah dahulu." ujar Ina. Farah terus menelefon Puan Hamidah dan Puan Hamidah benarkan. Bersambung........................ :3
|
The star owner
![]() ![]() Chat box
Sweet Memories
Want search?
Archive
CREDIT SECTION Full Edit by: @esharky_ Owner blog: Your Name Best view:Miss Google
|
Post a Comment
Ayat kena baik-baik tahu! Jangan sampai Ika marah! :3